" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Jodoh}
Sunday, 28 July 2013 | 07:42 | 0Comment


Selalu dengar orang cakap pasal jodoh. Paling glemer bila orang kata jodoh ni tak perlu di cari nanti dia datang sendiri. 

Sejauh mana kebenaran nya saya tak pasti. Sebab yang pasti saya masih mencari. Ada yang punya prinsip lain dari prinsip tu. Saya pernah sekejap ter-pegang akan prinsip, jodoh tak perlu di cari sebab dia akan datang sendiri tu. Tapi ada someone berkongsi mengenai pandangan dia mengenai prinsip jodoh. 

She once said that ' jodoh ni macam rezeki tak kan datang bergolek. Kalau kau tak usaha kau tak boleh nak expect kau dapat yang terbaik. Kau tak usaha kau tak boleh nak harap dia datang macam tu je. Pendek kata jodoh ni macam rezeki kena usaha, cari, doa dan tawakal".

Tersentak kejap. Timbul persoalan. Yang kahwin ikut mak bapak tu? Dia kira macam mana?

Jawapan dia senang je. 'Perkahwinan yang di atur parents tu satu cabang usaha. Usaha dari mak bapak. Diorang cari kan. Kenal kan. Usaha jugak. Sape cakap jodoh tu tiba tiba datang?. Sama macam kita pergi simpan duit dalam bank. Tiap tahun dapat benefit. Kita tak buat apa pun. Tapi dapat rezeki. Situ lah usaha nya. Usaha dari orang ketiga'

Mungkin pandangan dia betul mungkin salah. Tapi atas diri sendiri nak  berpegang pada yang mana. Yang pasti doa setiap kali lepas solat tu pun di kira sebagai usaha kata si dia. 


Labels: ,