" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





Eh tu motor abah saya}
Sunday, 3 June 2012 | 05:12 | 4Comment

Dah lama tak update blog. *fuh fuh buang habuk-habuk dulu. Maaf lah sejak berkerjaya jadi cashier dekat pam minyak nie malas sikit nak update blog. Tu semua sebab komputer merajuk dengan berukband mogok -,-.  Berbalik kepada tajuk tu pulak. Actually tadi ternampak motor lama macam motor abah yang di jual. *sob sob sreeet. menitis air mata. Bila tengok teruja sikit. Jerit kuat-kuat. "Eh, tu motor abah saya.!" Semua orang dekat pam minyak tengok. Ok malu di situ. Bila cakap pasal motor kami adik-beradik ada sixth-sense tau.

*****************************

Dulu kala masa zaman kanak-kanak milo sebab ribena tak wujud lagi. Abah lah pemandu setia hantar dan ambik dari sekolah. Masa tu tak payah tunggu nampak bayang bunyi motor pun kami dah kenal. Contoh lah kan, dulu saya suka lepak-lepak bawah pokok dekat belakang medan wasilah kasih lelaki (toilet je)-,-. Saya bukan gatal ok. Tu semua salah cikgu sebab letak kerusi batu dekat situ. Tiba-tiba sayup-sayup dengar bunyi enjin motor. Saya mesti lari laju-laju.Bila kawan tanya saya mesti cakap. "yess abah dah sampai" semua hairan. Mana saya tahu yang abah saya dah sampai. Senang je. dengar lah bunyi motor. Kalau time cuti pulak, abah mesti keluar pergi bandar dengan arwah Ma. Kami tunggu lah dekat rumah dengan sabar. Motor abah baru je masuk simpang depan kami dah lari laju-laju tunggu depan umah. Sampai kan cucu-cucu En.Abah pun ada perangai nie. Bunyi je motor lari keluar and yang pasti tu mesti abah. 

p/s: Ada tak sape-sape yang ada habit macam nie?