" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





MUET}
Thursday, 20 October 2011 | 03:21 | 1Comment

Allhamdullilah. Dah setel satu benda. baru saja habis buat speaking test MUET dekat SEK MEN TEK BACHOK. budak-budak teknik bangga tak ? mesti ada yang duk tanya-tanya binatang apa kah MUET itu. nak tahu pi tanya pakcik GOOGLE. dia tahu semua benda. orang lama lah katakan.kalau hampa tahu semua orang takut gila gaban lah ngan menatang MUET nie. Bagi aku lah kan benda tu nak kata susah tak jugak. nak kata senang tu memang nampak beno la bohong nya. so pagi tadi saya telah pergi berjuang dengan bawak pensil tak dak ubat. lepas tu mintak ngan akak sebelah. ok kesian.
Tadi masa dalam group saya tengok semua buat teruk sampai tak leh nak cakap sepatah pun. so mai sini nak bagi tips. kalau hampa boleh ikut, sumpah aih kalau orang tangkap muat suh ganti PM pun hampa bole berucap lagi. hampa jelah saya tak bole. hehe

1. masa masuk or sehari sebelum nak pi test tu set dalam otak MUET or anything exam tu macam nak pi tengok konsert 2PM. *melampau. haha. think it as a something fun. jangan duk buat terok. esok MUET esok MUET. sah muet tu duk jadi besaq memang la jadi takut.
2. kalau hampa nak jampi ke hape ke maaf lah tak bole nak kasi sebab saya nie bukan bomoh bagai. so, baca la ayat-ayat Quran bagi tenang jiwa.
3. dah masuk dalam tempat exam tu make sure senyum memanjang. lepas tu kalau la ada yang duk citer pasai ade yang fail ke, teruk ke, buat-buat pekak, jangan dengaq ka. sebab sat lagi hampa pun sibuk duk kalut takot.
4. untuk apa apa pun MINDSET tu penting. so set dalam otak lagi sekali. "saya BOLEH buat" ulang banyak kali bagi confident.
5. kalau hampa jenis tak leh nak cakap depan orang takut salah cakap ke, malu orang tengok ke nie ada cara dia. try hampa bayangkan orang-orang lain or examiner tu macam kambing ke, budak pra ka. sah boleh. bayang la hampa cakap ngan kambing mana depa paham. salah ke betoi ka lantak. harung je.

untuk budak kos lain saya tak tahu dia nak band berapa. tapi untuk budak asasi LAW macam kami depa nak band 4 baru lulus. so budak law, abaikan gambar di atas. selamat mencuba ya anak-anak.